kategori

Monday, 30 January 2012

Teraju Liga

Kelantan masih menerajui carta liga selepas perlawanan ke lima Sabtu lepas, kemenangan bergaya ke atas pelawat Kuala Lumpur memastikan tiga mata tidak dibawa keluar dari Kota Bharu.
Namun begitu keresahan ketua jurulatih Kelantan Peter Butler terhadap pemain importnya dari Lubnan yang menuntut menjaringkan gol dilihat tidak berhasil, peluang yang terhidang di depan mata banyak sekali namun dia gagal memanfaatkannya dan Peter Butler amat harapkan beliau memantapkan lagi skilnya untuk perlawanan akan datang menemui Sabah di Likas 8 Februari nanti, sebelum itu Kelantan dijangka akan bertemu dengan skuad Harimau Muda dalam aksi perlawanan persahabatan pada 1 Februari nanti di Bukit Jalil.

Kemenangan kepada Kuala Lumpur Sabtu lepas amat penting yang mana hanya berbezakan satu mata dengan Terengganu dan Perak yang dilihat beraksi cemerlang setakat ini, gol gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan 46', Piya 72' dan Antwi 79'.
Setakat ini, Kelantan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan memungut 13 mata dari 5 perlawanan.

Mengulas kemenangan yang dilakar oleh pemainnya kelmarin, Butler memberitahu beliau gembira dengan keputusan tersebut.

"Mereka mempamerkan corak perlawanan yang menarik dan beraksi dengan cemerlang sepanjang perlawanan.

Tiga mata ini cukup penting buat kita untuk terus berusaha ke arah yang lebih baik.

"Bermain di atas padang yang cantik memberikan kelebihan buat kita untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment