kategori

Monday 14 March 2011

Manakah Yang Lebih Baik?

Alkisahnya..

Hampir setahun saya telah mengunakan perisian Anti-virus Kaspersky Anti-virus 2010, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk tamat tempoh perkhidnatan tersebut dan mesej pemberitahuan untuk menyambung perkhidmatan tidak henti-henti muncul setiap kali saya menyentuh tetikus komputer saya.

Terfikir juga adakah perlu saya menyambung perkhidmatan tersebut yang mana akan menelan perbelanjaan diantara RM30- RM50 setahun, sedangkan dalam dunia serba canggih kita boleh mendapatkan pelbagai perisian anti-virus yang lain dengan percuma. Namun terlintas juga adakah perisian anti-virus percuma akan menyediakan pekhidmatan sebaik berbayar atau sebaliknya.

Sebagai inisiatif untuk tidak mengunakan sebarang perbelanjaan dan mengharapkan komputer saya dilindungi perisian anti-virus walaupun perkhidmatan yang diberi tidak sebaik perisian anti-virus berbayar, saya telah mendapatkan satu perisian anti-virus secara percuma iaitu AVG Anti-virus Pro 8.5, setelah selesai memuat turun perisian tersebut maka kali pertama scan virus dilakukan ke atas komputer saya mengunakan perisian tersebut.

Setelah selesai scan dibuat didapati ada dua fail dalam sistem komputer saya mengandungi Virus Trojan, setelah virus tersebut dikuarantin dalam AVG Anti-virus timbul masalah baru kepada komputer saya, iaitu rangkaian internet tidak boleh digunakan serta merta. Pada awalnya saya berpendapat masalah tersebut adalah masalah biasa seperti disconnect tetapi setelah beberapa kali komputer saya direstart dan connect kepada internet namun masih gagal berfungsi.

Virus - A program that when run, has the ability to self-replicate by infecting other programs and files on your computer. These programs can have many effects ranging from wiping your hard drive, displaying a joke in a small box, or doing nothing at all except to replicate itself. These types of infections tend to be localized to your computer and not have the ability to spread to another computer on their own. The word virus has incorrectly become a general term that encompasses trojans, worms, and viruses.

Trojan - A program that has been designed to appear innocent but has been intentionally designed to cause some malicious activity or to provide a backdoor to your system.

Maka pendapat mengatakan masalah ini adalah berpunca dari Virus Trojan adalah benar apabila saya mengambil langkah remove perisian AVG Anti-virus dari komputer dengan tidak menganggu fail virus tersebut, selesai remove perisian tersebut komputer kembali normal dan rangkaian internet boleh digunakan seperti biasa, dalam pada itu perisian Anti-virus Kaspersky 2010 masih digunakan di komputer saya.
Kesimpulannya adakah Anti-virus Kaspersky 2010 yang saya gunakan hampir
setahun yang dibayar perkhidmatannya tidak detect Virus Trojan yang berada dalam komputer saya selama ini dan AVG Anti-virus yang boleh didapati secara percuma kali pertama menjalankan kerjanya di komputer saya telah menjumpai virus yang beranak-pinak yang boleh dikategorikan sebagai virus merbahaya.

Sebagai seorang pengguna, saya tidak ada niat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi saya mahukan perkhidmatan yang terbaik ditambah lagi perkhidmatan yang diminta adalah berbayar, anda sebagai seorang pengguna diharap membuat pilihan yang terbaik dalam membuat pilihan.

Sekian, terima kasih

Rujukan :

Kaspersky Anti-virus :: ESET Nod32 :: AVG :: Avast :: BitDefender :: Microsoft Security Essentials :: Trend Micro :: Antivir