kategori

Tuesday 31 January 2012

Kawal kolesterol secara semula jadi


Diet makanan seimbang termasuk buah dan sayur bantu mengawal tahap kolesterol
PENYAKIT jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Keadaan itu dikatakan berkait rapat dengan beberapa faktor seperti keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Bagi mengatasi kebimbangan seseorang berhubung risiko menghidap penyakit jantung dan strok, kajian terkini membuktikan sumber semula jadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.

Kajian itu juga menunjukkan, ada empat produk berasaskan sumber semula jadi yang kini berada di pasaran mampu mengurangkan tahap kolesterol secara sihat dan efektif, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.
Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

Minyak ikan Omega 3 atau produk Omega 3 Fish Oil Powder pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.
Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus.
Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Hasil kajian dijalankan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan produk itu jika digunakan bersama bahan makanan, berkesan untuk mengurangkan glukosa dalam darah.

Sumber : Berita Harian

Telefon Pintar

Pengaruh telefon pintar dalam kehidupan sehari-hari memainkan peranan penting di masa kini, namun adakah semua orang mampu memilikinya??
Adakah peranan telefon pintar sebagai keperluan atau kehendak di masa kini?
Dan jika sudah memilikinya, bagaimana pula dengan penjagaannya dari segi keselamatan, ketahanan dan sebagainya.
Namun bagi penggemar telefon pintar ini, semua itu bukan menjadi alasan untuk memilikinya, selain daripada kehendak ia juga merupakan trend masakini, adakah kita mahu ketinggalan? Ayuh!! mari kita memilikinya sekarang, jika anda belum memilikinya cepat dapatkan sekarang..

Saya sudah ada, bagaimana dengan anda???


Zira, Kota Bharu "Pencarian maklumat senang dilakukan"


Zana, Kuala Lumpur "dapat berhubung dengan
kawan-kawan pada bila-bila masa"


Anita, Seremban "Tiada masalah lagi untuk
saya bermain permainan kegemaran saya di mana jua"

Kelantan Ikat Obinna, Uji Okocha

KOTA BHARU – Bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri sah menjadi pemain import terbaru The Red Warriors setelah menandatangani kontrak selama setahun dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam.

Memetik kenyataan menerusi laman sosial Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa semalam, Nwaneri, 30, yang beraksi selaku pemain pertahanan tengah akan membuat penampilan pertama beliau bersama Kelantan dalam satu perlawanan persahabatan menentang skuad senior kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, selain Nwaneri yang sudah mengikat kontrak bersama Kelantan semalam, pihaknya juga akan menguji seorang lagi pemain import dari Ghana yang beraksi di posisi serangan dalam tempoh terdekat.

“Pemain yang dimaksudkan ialah Samad Okocha yang pernah beraksi dengan kelab Hapoel Ramat Gan dalam Liga Israel pada tahun lalu. Beliau dijangka tiba di Kota Bharu pada 2 Februari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Sementara itu, Nwaneri pemain yang menyarung jersi pasukan kebangsaan negaranya sebanyak 33 kali sejak 2005, pernah beraksi dengan kelab Kazma Sporting dalam liga utama di Kuwait pada tahun lalu.

“Kedua-dua pemain ini juga akan turun beraksi pada perlawanan Kelantan menentang kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura di Kota Bharu pada 4 Februari ini. Sekiranya pemain import dari Ghana itu berjaya memikat hati pihak pengurusan, kita juga tidak teragak-agak untuk menawarkan kontrak kepada beliau untuk beraksi bersama pasukan Kelantan,” katanya.

Mengulas mengenai kedudukan dua pemain import sekarang, Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi bersama The Red Warriors, Azman menjelaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan mengenai nasib kedua-dua pemain itu.

“Kita masih ada masa sehingga 13 Februari depan untuk memuktamadkan sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka. Apa yang boleh saya katakan, sekiranya kedua-dua pemain import yang diuji ini lebih bagus, besar kemungkinan kita akan menyenaraikan mereka untuk beraksi dalam Liga Super.

“Mungkin ada perubahan sama ada Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi didaftarkan untuk beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) atau kekal beraksi dalam Liga Super. Kita tunggu dan lihat kerana pihak pengurusan belum mengadakan apa-apa perbincangan lanjut bagi menentukan kedudukan mereka,” katanya.

Sementara itu, difahamkan dua pemain import yang didaftarkan beraksi dalam Kejohanan Piala AFC sebelum ini iaitu Emmanuel Ayaah Okine (Ghana) dan Zacharia Yehya Charara (Lubnan) dipinjamkan kepada pasukan Liga Super Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.

Sumber : Kelate.Net

Monday 30 January 2012

Hukum Onani Lelaki & Wanita

Assalamualaikum, Apakah Hukum melakukan onani?

Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-

Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta’ atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas.” (Al-Mu’minun: 5-7)

Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

  1. Karena takut berbuat zina.
  2. Karena tidak mampu kawin.

Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu’min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

“Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung.” (Riwayat Bukhari)

Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam

Walaupun demikian, berikut adalah ulasan lanjut saya ( sila buka ) :-

Terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin ‘delete’ kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.

Antara soalan-soalannya :-

1) “ …ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan.”

2) “Assalammualaikum… Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.

3) “Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya.”

4) “Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani.“

5) “Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih”

6) “Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?”

Sebeban Alasan

Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.

“Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya ‘ke neraka’, then kat akhirat dok tuding jari kepada kita” kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.

Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.

Virus Bermula

Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.

Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah ‘tiang agama’ dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.

Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.

ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها

Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

Juga disebut dalam sebuah athar :

النظر سهم مسموم من سهام إبليس

Ertinya : “Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis” ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma’ani, 22/7)

Malah ia juga bakal merosakkan hati :-

كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله

Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t” ( at-taysir bi Syarhi al-Jami’ as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.

Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.

Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.

Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ

Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.

Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -

1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.

Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Ertinya : “dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)

Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-

  • a) Malumin : Ertinya : “tercela”
  • b) Al-’adun : Ertinya : ” orang-orang yang melampaui batas”

2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.

Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika ‘pasti akan terjerumus’ iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.

Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.

3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.

Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.

4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.

Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-

1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga

Beliau menyebut :-

Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk

Beliau menyebut :-

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki

Beliau berkata :

Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang’.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!

Rujukan

Penutup

Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-

  • 1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
  • 2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di siang hari.
  • 3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
  • 4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama’ isteri di siang hari Ramadhan.

Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.

Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau mengatakan

“jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu”

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Sumber : My Networks

Teraju Liga

Kelantan masih menerajui carta liga selepas perlawanan ke lima Sabtu lepas, kemenangan bergaya ke atas pelawat Kuala Lumpur memastikan tiga mata tidak dibawa keluar dari Kota Bharu.
Namun begitu keresahan ketua jurulatih Kelantan Peter Butler terhadap pemain importnya dari Lubnan yang menuntut menjaringkan gol dilihat tidak berhasil, peluang yang terhidang di depan mata banyak sekali namun dia gagal memanfaatkannya dan Peter Butler amat harapkan beliau memantapkan lagi skilnya untuk perlawanan akan datang menemui Sabah di Likas 8 Februari nanti, sebelum itu Kelantan dijangka akan bertemu dengan skuad Harimau Muda dalam aksi perlawanan persahabatan pada 1 Februari nanti di Bukit Jalil.

Kemenangan kepada Kuala Lumpur Sabtu lepas amat penting yang mana hanya berbezakan satu mata dengan Terengganu dan Perak yang dilihat beraksi cemerlang setakat ini, gol gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan 46', Piya 72' dan Antwi 79'.
Setakat ini, Kelantan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan memungut 13 mata dari 5 perlawanan.

Mengulas kemenangan yang dilakar oleh pemainnya kelmarin, Butler memberitahu beliau gembira dengan keputusan tersebut.

"Mereka mempamerkan corak perlawanan yang menarik dan beraksi dengan cemerlang sepanjang perlawanan.

Tiga mata ini cukup penting buat kita untuk terus berusaha ke arah yang lebih baik.

"Bermain di atas padang yang cantik memberikan kelebihan buat kita untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan ini," ujarnya.

Taktikal Atau Pemain??

Kemerosotan demi kemerosotan MU ketika ini adakah dilihat sebagai tanda kejatuhan MU?? Atau hanya gimik sebagai satu kejayaan atau pengaruh kaki judi memainkan peranan ke atas keputusan perlawanan..

Terbaru.. MU terpaksa menerima kekalahan kepada Liverpool dalam saingan Piala FA yang hanya dapat beraksi sehingga pusingan keempat sahaja. Mari kita ikuti beberapa komen peminat MU mengenai situasi MU ketika ini..

MU memang main ok, not bad, tapi silly mistake yg dah dijangka pon siapa akan buat tu yg masalah... ehehe Evra + De Gea = H E B A T !!! ekeke - Dewata Awan Berapi

evra tu season ni kalau perhati la mmg dia lubuk defend, tak dinafikan dia mmg bagus kalau overlapp, tp kebarangkalian dia akan buat mistake kat defend tinggi, sama la dgn de gea, ni ECL out pon dia antara punca, FA cup pon dia antara punca, mmg org kata kalah as a team, menang pon as a team, tapi kalau dah org sama jerk buat salah camner, :p - Dewata Awan Berapi

Scholes Out = Chicharito In. Turning point. Sebelum tu MU control game. De Gea, 1st match selepas direhatkan beberapa game, mmg ajaib la kalau boleh perform pun. Its time for you to play with your grandson AF! Game pun tak boleh baca...damn! - Azmir M. Razi

elok-elok 451 tukar 442. dah terbaik dah park ji sung main free role...bawak keluar scholes, mid hancur. Valencia oun dah tak dapat supply. Kenny bijak, dia tau Man Utd tak cukup mid, dia simpan Adam + Kuyt utk 2nd half...formation gambler 352 dan menjadi huhu...lucky liverpool player Man Utd ramai injured...lucky!!! - Azmir M. Razi

"Para pemain saling menghormati antara satu sama lain,"

"Tidak ada terjahan keras yang dilakukan dalam perlawanan itu. Mereka bermain dengan semangat yang baik. Kami gembira dengan situasi itu.

"Kekalahan ini adalah sesuatu yang menyakitkan. Kami lebih banyak menguasai permainan. Kami bermain dengan baik tetapi tewas pada perlawanan ini sukar untuk dipercayai.

"Kami lebih banyak mengawal permainan. Pergerakan bola kami juga baik. Saya fikir, kami akan memenangi perlawanan ini." - Ferguson



Himpunan Tazkhirah Hari Ini #2

11-Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain. ( AlBukhori dan Muslim)

12-Firman Allah Taala "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)

13-Firman Allah Taala "...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan." (AnNahl:61)

14-Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)

15-Firman Allah Taala "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AlQuran) yang diturunkan dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras dan kebanyakannya diantara mereka ialah orang-orang yang fasik" (AlHadid:16)

Friday 27 January 2012

C.I.N.T.A

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar
kencang dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata
darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di
sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan
semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana
kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita
mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita
senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi…

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara
sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami
… menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat
itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa
kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA

Sumber : Tentangcinta.com

Thursday 26 January 2012

Indahnya Putrajaya

Godek punya godek terjumpa gambar lama, gambar tersebut diambil semasa kali pertama mencuba-cuba mengunakan D60, sebelum gambar-gambar tersebut dimasukkan ke dalam peti recycle bin elok rasanya disemadikan disini untuk tatapan bersama.

Masjid & Istana Singgahsana Sultan Selangor


Jambatan Wawasan


Jambatan Wawasan


Sunrise Di Tasik Putrajaya

Siapakah Dia???


Tertarik dengan gambar di atas, cuba saudara-saudari teka siapakan gerangan yang berada di sebelah Ustaz Azhar Idrus?

Boleh kemukakan jawapan di ruangan komen, sesiapa yang memberi jawapan yang tepat berpeluang memenangi pakej perlancongan ke bali.. hehehehe gurau jer..

Pembunuh Si kecil - Pneumonia

Sikap kurang peka ibu bapa terhadap radang paru-paru boleh ragut nyawa anak

SABAN tahun, serangan radang paru-paru atau pneumonia membunuh kira-kira 1.4 juta penduduk dunia terutama kalangan kanak-kanak yang turut menjadi penghidap utama penyakit itu.

Angka berkenaan menunjukkan kehilangan nyawa akibat pneumonia adalah melebihi kematian yang disebabkan penyakit berbahaya lain seperti AIDS, malaria dan tuberkulosis atau tibi.
"Ada kes seorang penghidap kanak-kanak yang baru saja hampir sembuh selepas menerima rawatan, kembali kritikal dan meninggal dunia apabila ibu bapanya mengambil tindakan sambil lewa dengan menghantarnya ke tadika, walaupun dia sepatutnya diberi rehat mencukupi. - Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Pediatrik
Di Malaysia, statistik Kementerian Kesihatan membuktikan, pneumonia berada pada kedudukan kelima penyakit pembunuh tertinggi kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

Pneumonia adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru seseorang dan biasanya, ia banyak dihidapi golongan kanak-kanak dan tua.

Awalnya, selepas dijangkiti virus, kuman atau bakteria, seseorang akan mengalami simptom-simptom pneumonia seperti batuk serta selsema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan menyerang paru-paru.

Pakar Perubatan Kanak-Kanak, Dr Yong Junina Fadzil, berkata penyakit itu perlu dikesan dan dirawat secepat mungkin bagi mengelaknya menjadi serius sehingga boleh meragut nyawa.
Bagaimanapun, katanya, di negara ini, kesedaran masyarakat terutama golongan ibu bapa berhubung penyakit berkenaan adalah masih terlalu rendah ekoran tiada kefahaman meluas seperti dalam konteks memahami simptom, kepentingan rawatan dan langkah pencegahan.

“Kekurangan pengetahuan ini menyebabkan mereka tidak menyedari bahaya penyakit berkenaan atau kepentingan mendapatkan rawatan awal, sekali gus meningkatkan jumlah kematian tahunan akibat masalah kesihatan itu.

“Pneumonia mempunyai banyak simptom antaranya demam panas, batuk berkahak atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat, sering merengek (bayi dan kanak-kanak), pernafasan laju, susah bernafas, muntah dan cirit-birit.

“Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami satu atau lebih daripada simptom ini, ia mungkin pneumonia. Usah bertangguh, sebaliknya segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan dan rawatan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan ‘Meningkatkan Kesedaran Masyarakat Di Negara Ini Berhubung Pneumonia,’ bersempena Hari Pneumonia, baru-baru ini. Usaha itu diperkenalkan Gabungan Global menentang Pneumonia Kanak-Kanak yang dianggotai 125 badan bukan kerajaan, pertubuhan amal, institusi akademik, agensi kerajaan dan beberapa yayasan bagi menggalakkan tindakan masyarakat dunia di dalam usaha menentang, merawat serta mengelakkan jangkitan penyakit berkenaan.

Dr Yong Junina berkata, pengalamannya mengendalikan kes Pneumonia dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan sikap ibu bapa yang menganggap simptom dialami anak mereka itu tidak berbahaya, menjadi punca pesakit tidak dapat dirawat awal sehingga menemui kematian.

“Kebanyakan ibu bapa yang membawa anak mereka ke klinik saya tidak tahu dan tidak menunjukkan kebimbangan apabila saya memberitahu anak mereka diserang pneumonia. Malah mereka menganggap ia masalah kesihatan ringan.

“Ada kes yang mana seorang penghidap kanak-kanak yang baru saja hampir sembuh selepas menerima rawatan, kembali kritikal dan meninggal dunia apabila ibu bapanya mengambil tindakan sambil lewa dengan tetap menghantarnya ke tadika, walaupun dia sepatutnya diberi rehat mencukupi terlebih dulu.

“Perlu diingatkan yang penyakit ini disebabkan banyak faktor seperti persekitaran kotor, lokasi terlalu sesak, tempat berhabuk, cuaca buruk, ketahanan sistem imunisasi tubuh rendah atau penyakit dibawa individu sekeliling, jadi pesakit perlu 'dikuarantin' dari semua keadaan ini sehingga benar-benar sembuh,” katanya.

Jelas Dr Yong Junina, dari kaedah rawatan, ada beberapa cara berkesan yang akan digunakan pegawai perubatan dalam mengatasi penyakit dihidapi.

“Bagi pneumonia yang disebabkan virus, doktor hanya akan memberikan ubat pil dan penghidap harus rehat dan minum air secukupnya kerana sistem imunisasi badan akan memainkan peranan dalam merawatnya.

“Jika penyakit dialami tidak serius dan disebabkan bakteria, doktor akan membekalkan antibiotik dan ubat tetapi sekiranya jangkitannya serius, penghidap akan diberikan ubat melalui suntikan,” katanya.

Namun, bagi kes lebih serius, penghidap akan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan bantuan rawatan lanjut seperti bekalan oksigen dan antibiotik.

Baginya, seperti kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati,’ usaha untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini adalah paling penting berbanding merawatnya.

Bagi tujuan itu, masyarakat perlu menjalani gaya hidup sihat, mengutamakan kebersihan diri, mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayi, tidak berada di kawasan sesak, menutup hidung ketika cuaca buruk apabila keluar rumah dan sentiasa mementingkan kesihatan sekeluarga.

“Sekiranya anda, ahli keluarga atau anak anda mengalami simptom pneumonia, segera dapatkan nasihat atau rawatan doktor bagi memastikan tahap kesihatan anda tidak menjadi semakin buruk,” katanya.

“Lebih penting, pada waktu yang diperlukan atau dinasihatkan doktor seperti jika anda ingin melancong atau pulang dari sesebuah lokasi luar negara, dapatkan vaksin seperti Pertussis (Tibi), Vaksin Measles (Demam Campak), Vaksin Influenza atau Vaksin Pneumococcal.

“Vaksin ini berupaya meningkatkan sistem imunisasi tubuh anda bagi mencegah sebarang jangkitan penyakit,” katanya.

INFO Pneumonia
Golongan berisiko:

  • Kanak-Kanak terutama pada usia lima tahun dan ke bawah
  • Dewasa terutama pada usia 65 tahun dan ke atas
  • Mempunyai tahap sistem ketahanan badan rendah seperti pembawa HIV/Aids
  • Penghidap masalah kesihatan yang kronik
  • Individu di kawasan sesak atau kotor
  • Masyarakat atau penduduk di kawasan tidak membangun atau miskin

    Simptom
  • Demam panas
  • Batuk berkahak atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan
  • Rasa tidak sihat
  • Sering merengek (bayi dan kanak-kanak)
  • Pernafasan laju atau tercungap-cungap
  • Sukar bernafas
  • Muntah
  • Cirit-birit

    Antara langkah pencegahan
  • Menjalani gaya hidup sihat
  • Mengutamakan kebersihan diri
  • Mengamalkan penyusuan susu ibu
  • Elak di kawasan sesak
  • Menutup hidung ketika cuaca buruk
  • Sumber : Berita Harian



    Pendahulu vs Tercorot

    Bolehkah Kelantan meneruskan rentak kemenangan setakat ini di pertemuan ke-5 Liga Super menentang pasukan tercorot liga iaitu Kuala Lumpur yang gagal mencipta sebarang kemenangan setakat ini.
    Masih melebarkan senyuman dengan kejayaan besar ke atas Kedah pada perlawanan lepas di Alor Setar, pastinya pemain Kelantan mahu kejayaan tersebut dilipatgandakan pada pertemuan pada 28 Januari nanti di Kota Bharu.
    Kuala Lumpur dilihat masih bergelut untuk mencari kemenangan yang mana setakat ini gagal mencipta sebarang kemenangan yang mana Kuala Lumpur menghuni tangga tercorot Liga Super ketika ini.
    Kelantan memerlukan kemenangan untuk memastikan berada di kedudukan teratas liga yang mana berbezakan 1 mata dengan Terengganu yang berjaya memenangi perlawanan lepas ke atas pasukan adiknya T-Team, Terengganu pasti akan mengalami tugas sukar apabila berkunjung ke Stadium Jalan Besar nanti bertemu Lions XII yang dilihat mempamerkan aksi cemerlang di dua perlawanan lepas yang mencipta kemenangan ke atas Kuala Lumpur dan Sabah.
    kepada penonton The Red Warriors, mari kita ramaikan Stadium Sultan Muhammad Ke IV menyaksikan pertemuan Kelantan dengan Kuala Lumpur pada 28 Januari nanti. Reuters

    Pertembungan Yang Dinantikan

    Pertembungan yang pasti dinantikan oleh peminat tenis dunia yang menemukan Roger Federer dengan Rafael Nadal di perlawanan akhir Terbuka Australia yang akan dimainkan pada hari ini (26 Januari 2012).
    Perlawanan sengit antara kedua pemain pasti akan diterjemahkan yang mana kali terakhir mereka bertemu pada tiga tahun lepas di Melbourne, final Terbuka Australia. Di perlawanan tersebut federer pulang hampa selepas bertarung selama lima set yang mana memihak kepada Nadal.
    Tempoh tiga tahun sudah cukup membuatkan mereka teruja untuk berentap antara satu sama lain yang mana di pertembungan ini ranking dunia sudah tidak dijadikan ukuran lagi yang mana hanya pemain yang bijak mengambil peluang pasti akan mencapai kejayaan, walaupun mengikut rekod pertemuan menyebelahi kepada Federer namun itu tidak akan menyekat aksi masing-masing pada hari ini.

    “Memang ranking penting tetapi apabila berbicara mengenai seorang pemain yang pernah memenangi 16 kejuaraan Grand Slam dan saya memenanginya 10 kali, ia pasti perlawanan yang cukup penting dalam karier kami dan satu detik bersejarah.


    “Tapi semua perlawanan menentang Federer dianggap cukup istimewa biarpun mungkin pada ketika saya di ranking ke-20 dan dia ranking ke-25,” kata Nadal.

    Sumber : Berita Harian

    Wednesday 25 January 2012

    Wajarkah Pemain Kita??

    Berikutan insiden layanan tiga kad merah ketika perlawanan antara Negeri Sembilan dengan Felda United sabtu lepas serta tindakan pemain menyerang penonton dan aksi pergaduhan sesama pemain, dimanakah terletaknya sifat pemain kita yang dikagumi sebelum ini, wajarkah pemain kita bersifat demikian??

    Ekoran insiden tersebut timbul rasa tidak puas hati oleh penyokong tuan rumah dan jika keadaan tidak dikawal berkemungkinan besar akan berlaku insiden yang tidak diingini lagi.
    Bola sepak kita baru sahaja menampakkan mutu permainan yang boleh dibanggakan dan ingin pergi ke arah era bola sepak yang setaraf negara-negara luar, namun jika sikap sebegini tidak diatasi dengan baik, baik dari pemain atau penyokong maka jangan bermimpi kita akan pergi semaju negara-negara eropah dalam bola sepak. Memang hanya segelintir sahaja pemain kita yang bersikap demikian namun jangan jadikan seperti kata pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelangan" dan diharap para pemain dan penyokong dapat mengambil iktibar dari insiden yang berlaku dan diharap agar perkara sebegini tidak berlaku lagi jika kita mahukan bola sepak di negara kita maju seperti negara-negara eropah.

    Himpunan Tazkhirah Hari Ini

    Assalamualaikum wb
    Khas untuk sahabat-sahabat yang terlepas siri tazkhirah hari ini boleh mendapatkannya disini.

    1-Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)

    2-Harith bin Hashim telah menanya Rasulullah saw, katanya: Hai Rasulullah, bagaimana datangnya wahyu kepada engkau? Maka Rasulullah menjawab: kadangkala datang kpdku seperti bunyi loceng, dan itulah yang sangat memeranjatkan aku, kemudian menjauhi ia dpd ku, hingga aku benar-benar sedar dan faham sesuatu yg disampaikan, dan kadangkala datang kepadaku seorg malaikat berupa lelaki lalu menyampaikan kepadaku, maka aku telitikan sesuatu yg disampaikan. Berkata Aisyah r.a.: demi Allah, sesungguhnya aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu pada hari yg bersangatan sejuk setelah ia lenyap dpd nya, maka mukanya berpancaran peluh. (AlBukhori:sohih)

    3-Yahya bin Bakir telah menyampaikan kepada kami katanya: Ilias telah menyampaikan telah mnyampaikan kepada kami dpd Akil dpd Ibn Shihab dpd Arwah bin Zaid drpd Aishah UM katanya: Pertama kali diturunkan wahyu kpd Rasulullah dengan mimpi yg benar didlm tidurnya. Ia tidak bermimpi melainkan datang kpdnya spt cahaya subuh. Berikutan dengan itu ia suka membersihkan jiwa dan hati dan ia berasing diri di gua Hira'. maka disitu ia beribadat dgn agama hanifah, ia beribadat beberapa hari dan malam sebelum ia pulang kpd ahlinya. Kemudian ia disediakan makanan untuknya, kemudian kembali lagi kepada Khadijah,lalu disediakan pula makanan seumpamanya hingga datang kpdnya wahyu sedangkan ia dalam gua Hira'. (AlBukhori:sohih)

    4-Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (Attarmidzi: )

    5-Dpd Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya: Rasulullah saw telah bersabda "sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" (Attarmidzi)

    6-Firman Allah Taala "Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" (Allail:8-11)

    7-Daripada Jabir ra, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana sesungguhnya perbuatan tersebut membawa kebinasaan kepada orang-orang sebelum kamu, mereka sanggup melakukan pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram" - riwayat Muslim

    8-Dan daripada Abu Hurairah ra juga katanya, Rasulullah saw bersabda "makanan untuk dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang." (AlBukhori dan Muslim)

    9-Firman Allah Taala "Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (AlLail:17-21)

    10-Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui." (AliImran:92)

    Dimanakah Silapnya???

    Hanya baru memasuki beberapa perlawanan liga tempatan (Liga Super) sudah ada isu tentang pemain import yang gagal mempamerkan aksi yang sebenar sebagai seorang bintang, saya ingin menarik perhatian bukannya isu penamatan kontrak atau sebagainya tetapi isu siapakah yang bertanggungjawab dalam membuat pengambilan pemain import ke pasukan dalam Liga Malaysia, bagi saya perkara ini patut diberi keutamaan yang penting, pilihan yang harus dibuat mestilah dibuat kajian serta pemantauan terlebih dahulu mengenai kualiti seseorang pemain tersebut. matlamat utama serapan pemain import ke Liga Malaysia tidak akan berjaya jika masalah ini tidak diatasi terlebih dahulu bagi pihak yang terlibat.

    Ikuti beberapa komen dari pembaca berita harian mengenai isu ini :

    Khalid
    "Memang swajarnya khidmat pemain import yang gsgal menyerlah ditaatkan kontraknya. Adalah lebih baik beri peluang kepada pemain tempatan yang masih muda mengisi kekosongan itu. Bukti nyata dan jelas, peningkatan prestasi pasukan Harimau Malaysia A dan B adalah berlaku semasa Liga Malaysia tidak disertai oleh awang import. Tunjukkan Malaysia BOLEH."


    Ervin Boban
    "Sebelum amik player tu,scouting la dulu di negara asal mereka,lihat cara permainan mereka baru sign kontrak..nampaknya pengurus2 pasukan malaysia nk kena main football manager dulu..how to make money in merchandise,tickets,advertising etc..sudah2 la harapkan kerajaan je nk sponsor sukan ..cari la taicoon2 besar di malaysia to buy over club.."

    Sunday 22 January 2012

    Movie : Coming Soon 2012 #2

    The Avengers

    Marvel Studios announced today that the trailer ( which you can watch below ) for next summer’s most highly anticipated movie, “Marvel’s The Avengers,” has been downloaded over 10 million times in its first 24 hours on iTunes Movie Trailers, shattering the most-viewed trailer record in the site’s history.

    Marvel Studios presents “Marvel’s The Avengers”—the Super Hero team up of a lifetime, featuring iconic Marvel Super Heroes Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye and Black Widow. When an unexpected enemy emerges that threatens global safety and security, Nick Fury, Director of the international peacekeeping agency known as S.H.I.E.L.D., finds himself in need of a team to pull the world back from the brink of disaster. Spanning the globe, a daring recruitment effort begins.

    Starring Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner and Samuel L. Jackson, and directed by Joss Whedon, “Marvel’s The Avengers” is based on the ever-popular Marvel comic book series “The Avengers,” first published in 1963 and a comics institution ever since. Prepare yourself for an exciting event movie, packed with action and spectacular special effects, when “Marvel’s The Avengers” assemble in summer 2012.

    Upcoming : 04 May 2012

    Look Trailer

    =========================================================

    AMERICAN REUNION

    Jim and his hand dandy white tune sock with blue stripes is back for some more hot action in the newest AMERICAN PIE sequel AMERICAN REUNION. Below you can find the first official teaser for the film which just so happens to be red band in nature. It is everything you ever would have or could have expected for a trailer to a film in this franchise and to be perfectly honest, for me it still works- yes I am admitting it gave me a good chuckle. Admittedly, I have my doubts that returning to this world is going to be worthwhile, but if it delivers on a few good raunchy jokes I think it’ll be worth it.

    AMERICAN REUNION brings back our favorite characters from the AMERICAN PIE franchise for an East Great Falls high school reunion. “In one long-overdue weekend, they will discover what has changed, who hasn’t and that time and distance can’t break the bonds of friendship. It was summer 1999 when four small-town Michigan boys began a quest to lose their virginity. In the years that have passed, Jim and Michelle married while Kevin and Vicky said goodbye. Oz and Heather grew apart, but Finch still longs for Stifler’s mom. Now these lifelong friends have come home as adults to reminisce about—and get inspired by—the hormonal teens who launched a comedy legend.”

    Upcoming : April 2012
    Look Trailer