AAssalamualaikum w.b
Hanya sekadar untuk berkongsi dengan pembaca beberapa perkara yang mana malam tadi saya sendiri terpanggil untuk menghadiri ceramah agama di Surau Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya yang disampaikan oleh pegawai dari JAKIM, maaf kerana saya terlupa nama penceramah tersebut.
Walaupun isi ceramah tersebut hanya dilihat sebagai joke yang mana boleh membuatkan hadirin tersedar dari lenaan/khayalan godaan syaitan, namun bagi saya walaupun dianggap joke tetapi saya memandang dari sudut yang lain yang mana ianya amat berguna walaupun disampaikan melalui gurauan.
Ceramahnya berkisar tentang janji syaitan kepada Nabi Adam a.s yang mana akan sedaya upaya menyesatkan umat Adam a.s di bumi ini dengan apa cara sekalipun, godaan syaitan ini khas ditujukan kepada penghujung-penghujung rumah Allah yang selalu melakukan amai ibadat kepada-Nya.
Syaitan berjanji akan mengoda penghujung rumah Allah dengan tiga perkara iaitu celak, lipstik dan tongkat..
ada yang tercengang dan ada yang tersenyum bila mendengar penceramah menyebut tiga perkara tersebut, masing-masing tidak sabar apakah yang dimaksudkan dengan tida perkara tersebut.
Celak - Yang dimaksudkan dengan celak ialah, apabila umat Adam a.s melangkah masuk ke rumah Allah maka syaitan akan calitkan celak ke mata, celak tersebut akan berperanan sebagai penutup mata yang mana tidak hairan ler jika semasa ceramah/kutbah jumaat disampaikan kita akan melihat ramai yang menutupkan mata malah siap dengan berdengkur lagi :)
Lipstik - Sama juga dengan peranan yang dimainkan oleh lipstik, mulut-mulut umat adam a.s pasti tidak lekang dari bercerita walaupun dalam rumah Allah sewaktu kutbah atau ceramah disampaikan, yang mana ini pasti akan menganggu kelancaran ceramah/khutbah yang disampaikan.
Tongkat - Perkara yang ini pasti ramai akan tertanya-tanya kaitannya, syaitan akan memukul belakang umat Adam a.s ketika berada dalam rumah Allah dan kesan dari pukulan tersebut pasti akan ada yang bersandar di tiang-tiang atau dinding masjid/surau yang mana kesan dari sandaran tersebut pasti kita akan hanyut dibuai mimpi.
Alhamdulilah.. itu sahaja yang saya ingin kongsikan dengan pembaca dan diharap pembaca mengambil dari sudut positif mengenai cerita tiga perkara tersebut yang mana perkara yang terjadi dari tiga perkara tersebut memang realiti dan selalu sangat kita lihat di masjid-masjid.
Semoga apa yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, insya-Allah.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment