kategori

Showing posts with label Kelantan FA. Show all posts
Showing posts with label Kelantan FA. Show all posts

Friday, 4 May 2012

I Love Kelate


Magis pada separuh masa kedua malam tadi membuatkan ratusan ribu rakyat Kelantan bersorak kegembiraan apabila gol penyamaan dijaringkan oleh M. Ghaddar.

Gambar ini mempunyai nilai sentimental yang amat tinggi bagaimana hubungan antara pemain TRW dan penyokong yang saling melengkapi. Ghaddar berlari menuju ke kerusi penyokong TRW , memanjat pagar dan meraikan gol bersama ribuan penykong Kelantan disana simbolik kepada ratusan ribu lagi penyokong TRW yang menonton live di kaca tv malam tadi.

' Di Malaysia suasana dan atsmosfrera bolasepak sebenar benar-benar hanya dapat dirasai di Kelantan ' - Dato Rahim Razali.

Wednesday, 15 February 2012

Saya Kecewa, Saya Tak Kenal Dia, Apa Peranan Saya Disini? – Butler


Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler bukan sahaja kecewa dengan kekalahan pertama dialami pasukannya musim ini, tewas 1-2 kepada Selangor malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi yang lebih mengecewakan, dia ibarat tiada kuasa penuh sebagai Ketua Jurulatih apabila sekadar menjadi PAK TURUT dan terpaksa mengikut sahaja telunjuk pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Ini menurutnya ekoran campurtangan pengurusan dalam urusan pemilihan pemain, terutamanya AWANG IMPORT, di mana dia langsung tidak tahu siapa pemain yang dibawa masuk, siapa yang kekal, siapa yang keluar, dan apa status mereka – terbaru terpaksa menurunkan pemain import baru mereka, Nwoha Onyekachi selepas kontrak Mahmud Ghadar ditamatkan, malah dia langsung tidak pernah melihat pemain itu beraksi sebelum ini.

“Saya tak mahu komen, saya tak tahu (kenal) dia, saya tengok dia 30 minit buat kali pertama malam ni, saya cuma berdiri di sini, bukan saya yang evaluate dia, itu bukan tugas saya, apa yang saya nampak ya dia bagus, workrate bagus, tapi belum ada persefahaman dalam team..”.

“Kalau dia dah satu minggu dalam team saya boleh nilai dia, dia masuk secara tiba-tiba, kuasa bukan di tangan saya. Apa saya boleh buat? Saya perlu hormat keputusan pengurusan. Tetapi saya tak tahu apa peranan saya di sini, saya selalu tertanya-tanya, dan sudah penat bertanya soalan sama. Saya jurulatih dengan prinsip yang tinggi, pergi mana-mana orang hormat saya, tapi saya perlu adil dan jujur dengan diri saya, kalau saya tak boleh kerja macam saya mahu, saya mesti tanya beberapa soalan (kepada pengurusan)…”. – Peter Butler.

Menurut Butler dia sudah merangka formasi dan strategi tersendiri untuk perlawanan menentang Selangor, tetapi terpaksa merombaknya pada saat akhir untuk menyesuaikannya dengan kehadiran pemain baru, dan memberi gambaran betapa jodohnya bersama Kelantan mungkin tidak berpanjangan.

“saya ada tanggungjawab, kontrak saya dua tahun, tapi what is my role? Saya akan pulang, dan berfikir tentang perkara ini, berbincang dengan pengurusan, dengan cara baik, tapi saya memang kecewa..”.

Mengulas mengenai kekalahan pertama pasukannya musim ini, yang juga kekalahan pertama kepada Selangor selepas 3 tahun (kali terakhir tewas pada Februari 2009, 0-3 di Shah Alam), Butler berkata pasukannya tidak memanfaatkan peluang dengan baik, dan memberi peluang kepada Selangor untuk menguasai perlawanan.

Tambah Butler, pasukannya cuba bangkit dengan aki lebih baik pada 15 minit terakhir, tetapi segalanya sudah terlewat untuk menjelmakan kebangkitan.

Sumber : Kelate.Net

Gambar | Penyokong Kelantan Cedera Dibaling Objek Keras






Sumber : Kelate.Net

Peter Butler Akan Meletakkan Jawatan

Jurulatih Kelantan, Peter Butler akan meletakkan jawatan, besar kemungkinan sebelum hujung bulan ini.

Khabar tentang kemungkinan Butler akan meletakkan jawatan diberitahu beberapa jam sebelum perlawanan hari Selasa dengan Selangor di Stadium Bukit Jalil dan difahamkan bahawa walaupun Kelantan yang penuh dengan pemain berbakat dan menduduki tempat teratas Liga Super Malaysia, Butler akan meletakkan jawatan lebih awal dari yang dijangkakan kerana terdapat campur tangan pihak atasan Kelantan FA.

Sumber-sumber dari Kelantan telah mendedahkan bahawa Butler yang kini menjadi jurulatih di Kelantan untuk kedua kalinya, sangat tidak senang dengan gangguan dari Presiden Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa dimana beliau telah menandatangani dan membatalkan pendaftaran pemain import tanpa meminta pandangan Peter Butler yang memegang jawatan sebagai jurulatih pasukan.

Tan Sri Annuar Musa yang kini juga Timbalan Presiden Football Association of Malaysia (FAM) dipercayai mahukan peranan yang lebih dalam pemilihan pasukan, dengan sumber-sumber mengatakan bahawa beliau hanya akan mendapat peranan itu jika Butler bukan lagi jurulatih kelab.

Menurut sumber-sumber ESPNSTAR.my, Kelantan sudah memulakan pencarian pengganti Butler dan bekas jurulatih Kelantan Dato’ M. Karathu dikatakan akan kembali menjadi jurulatih pasukan Kelantan.

Pendedahan mengejutkan ini diberitahu hanya beberapa hari selepas Kelantan kembali ke puncak Liga Super Malaysia selepas menang 2-1 dengan Terengganu di Kota Bharu. Kemenangan itu dikatakan berjaya menafikan segala kririkan hebat terhadap kewibawaan Butler sebagai jurulatih.

Sumber : Kelate.Net

Thursday, 2 February 2012

Harimau Malaya Baham Red Warriors



HARIMAU Malaya nyata bukan tandingan sebenar Kelantan apabila menang mudah 5-0 ke atas juara Liga Super itu dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Gol pertama Malaysia dijaringkan menerusi Mohd Asrarudin Putra Omar pada minit ke-36. Shahurain Abu Samah menambah gol kedua Malaysia pada minit ke 42. S Kunalan menjaringkan gol ketiga minit 65 manakala Abdul Hadi Yahya menambah gol keempat skuad kebangsaan Malaysia minit 78.

Skuad Harimau Malaya terus berpesta gol apabila Izuan Solahuddin berjaya menjaringkan gol kelima pada minit ke 90 bagi melengkapkan malam gemilang skuad kendalian Datuk K Rajagobal pada malam ini. Tamat perlawanan Malaysia 5-0 Kelantan.

Skuad Harimau Malaya kini berkumpul dan berlatih sebagai persiapan awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini.

Sumber : Kelate.Net

Tuesday, 31 January 2012

Kelantan Ikat Obinna, Uji Okocha

KOTA BHARU – Bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri sah menjadi pemain import terbaru The Red Warriors setelah menandatangani kontrak selama setahun dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam.

Memetik kenyataan menerusi laman sosial Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa semalam, Nwaneri, 30, yang beraksi selaku pemain pertahanan tengah akan membuat penampilan pertama beliau bersama Kelantan dalam satu perlawanan persahabatan menentang skuad senior kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, selain Nwaneri yang sudah mengikat kontrak bersama Kelantan semalam, pihaknya juga akan menguji seorang lagi pemain import dari Ghana yang beraksi di posisi serangan dalam tempoh terdekat.

“Pemain yang dimaksudkan ialah Samad Okocha yang pernah beraksi dengan kelab Hapoel Ramat Gan dalam Liga Israel pada tahun lalu. Beliau dijangka tiba di Kota Bharu pada 2 Februari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Sementara itu, Nwaneri pemain yang menyarung jersi pasukan kebangsaan negaranya sebanyak 33 kali sejak 2005, pernah beraksi dengan kelab Kazma Sporting dalam liga utama di Kuwait pada tahun lalu.

“Kedua-dua pemain ini juga akan turun beraksi pada perlawanan Kelantan menentang kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura di Kota Bharu pada 4 Februari ini. Sekiranya pemain import dari Ghana itu berjaya memikat hati pihak pengurusan, kita juga tidak teragak-agak untuk menawarkan kontrak kepada beliau untuk beraksi bersama pasukan Kelantan,” katanya.

Mengulas mengenai kedudukan dua pemain import sekarang, Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi bersama The Red Warriors, Azman menjelaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan mengenai nasib kedua-dua pemain itu.

“Kita masih ada masa sehingga 13 Februari depan untuk memuktamadkan sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka. Apa yang boleh saya katakan, sekiranya kedua-dua pemain import yang diuji ini lebih bagus, besar kemungkinan kita akan menyenaraikan mereka untuk beraksi dalam Liga Super.

“Mungkin ada perubahan sama ada Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi didaftarkan untuk beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) atau kekal beraksi dalam Liga Super. Kita tunggu dan lihat kerana pihak pengurusan belum mengadakan apa-apa perbincangan lanjut bagi menentukan kedudukan mereka,” katanya.

Sementara itu, difahamkan dua pemain import yang didaftarkan beraksi dalam Kejohanan Piala AFC sebelum ini iaitu Emmanuel Ayaah Okine (Ghana) dan Zacharia Yehya Charara (Lubnan) dipinjamkan kepada pasukan Liga Super Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.

Sumber : Kelate.Net

Monday, 30 January 2012

Teraju Liga

Kelantan masih menerajui carta liga selepas perlawanan ke lima Sabtu lepas, kemenangan bergaya ke atas pelawat Kuala Lumpur memastikan tiga mata tidak dibawa keluar dari Kota Bharu.
Namun begitu keresahan ketua jurulatih Kelantan Peter Butler terhadap pemain importnya dari Lubnan yang menuntut menjaringkan gol dilihat tidak berhasil, peluang yang terhidang di depan mata banyak sekali namun dia gagal memanfaatkannya dan Peter Butler amat harapkan beliau memantapkan lagi skilnya untuk perlawanan akan datang menemui Sabah di Likas 8 Februari nanti, sebelum itu Kelantan dijangka akan bertemu dengan skuad Harimau Muda dalam aksi perlawanan persahabatan pada 1 Februari nanti di Bukit Jalil.

Kemenangan kepada Kuala Lumpur Sabtu lepas amat penting yang mana hanya berbezakan satu mata dengan Terengganu dan Perak yang dilihat beraksi cemerlang setakat ini, gol gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan 46', Piya 72' dan Antwi 79'.
Setakat ini, Kelantan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan memungut 13 mata dari 5 perlawanan.

Mengulas kemenangan yang dilakar oleh pemainnya kelmarin, Butler memberitahu beliau gembira dengan keputusan tersebut.

"Mereka mempamerkan corak perlawanan yang menarik dan beraksi dengan cemerlang sepanjang perlawanan.

Tiga mata ini cukup penting buat kita untuk terus berusaha ke arah yang lebih baik.

"Bermain di atas padang yang cantik memberikan kelebihan buat kita untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan ini," ujarnya.

Thursday, 26 January 2012

Pendahulu vs Tercorot

Bolehkah Kelantan meneruskan rentak kemenangan setakat ini di pertemuan ke-5 Liga Super menentang pasukan tercorot liga iaitu Kuala Lumpur yang gagal mencipta sebarang kemenangan setakat ini.
Masih melebarkan senyuman dengan kejayaan besar ke atas Kedah pada perlawanan lepas di Alor Setar, pastinya pemain Kelantan mahu kejayaan tersebut dilipatgandakan pada pertemuan pada 28 Januari nanti di Kota Bharu.
Kuala Lumpur dilihat masih bergelut untuk mencari kemenangan yang mana setakat ini gagal mencipta sebarang kemenangan yang mana Kuala Lumpur menghuni tangga tercorot Liga Super ketika ini.
Kelantan memerlukan kemenangan untuk memastikan berada di kedudukan teratas liga yang mana berbezakan 1 mata dengan Terengganu yang berjaya memenangi perlawanan lepas ke atas pasukan adiknya T-Team, Terengganu pasti akan mengalami tugas sukar apabila berkunjung ke Stadium Jalan Besar nanti bertemu Lions XII yang dilihat mempamerkan aksi cemerlang di dua perlawanan lepas yang mencipta kemenangan ke atas Kuala Lumpur dan Sabah.
kepada penonton The Red Warriors, mari kita ramaikan Stadium Sultan Muhammad Ke IV menyaksikan pertemuan Kelantan dengan Kuala Lumpur pada 28 Januari nanti. Reuters

Friday, 20 January 2012

Kelantan Teratas Liga (Menang 0-3)

Kelantan berjaya menduduki tangga teratas Liga Super selepas berjaya membenam Kedah dengan jaringan 3 – 0 di Stadium Darul Aman, Kedah.

Gol Kelantan hasil jaringan penalti dari Ghaddar pada minit ke 33″ selepas Matyo dijatuhkan dalam kotak penalti kemudian Jaringan dari penyerang prolifik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 78″ selepas berjaya merembat kencang hasil hantaran Danny Antwi dan Minit ke 90″ Danny Antwi sendiri berjaya menjaringkan gol selepas kesungguhannya merampas bola dari penjaga gol Kedah Helmi Eliza dan tenang menyepak masuk ke gawang gol Kedah.

Kelantan mengumpul 10 mata dalam 4 perlawanan dengan mencatatkan 3 kemenangan dan satu keputusan seri.

Video Jaringan Pertama : Gol Ghaddar

Video Jaringan Kedua : Gol Matyo

Video Jaringan Ketiga : Gol Antwi

Thursday, 19 January 2012

Butler gelisah benteng goyah


Yakin Red Warriors kembali mantap

KETUA jurulatih Kelantan, Peter James Butler yang berpuas hati The Red Warriors memperoleh tiga mata selepas membenam pasukan Johor FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin, akur barisan pertahanan masih gementar dan memerlukan lebih banyak perlawanan untuk mengatasi masalah berkenaan.
“Saya tahu pemain sedikit gementar kerana mereka mahu menang dan masalah ini akan diatasi selepas mereka mengharungi beberapa perlawanan, malah saya yakin prestasi pasukan akan bertambah baik dalam persembahan berikutnya.
“Masalah kita adalah pertahanan menjadi gementar bila pasukan mendahului kerana mereka mempunyai tugas untuk mempertahankan kedudukan dan mengelakkan pihak lawan menyamakan kedudukan, namun selepas gol kedua dihasilkan, masalah berkenaan berjaya diatasi,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Sementara itu, penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo menyifatkan kemenangan itu adalah hasil usaha keras rakan sepasukan yang membantunya dalam usaha mencari gol kemenangan.

“Tahniah kepada rakan kerana bekerja keras untuk memastikan kemenangan malam ini (semalam) dan kita berjaya mengumpul tiga mata bagi memastikan Kelantan berada pada kedudukan selesa.

“Jaringan kedua saya malam ini (kelmarin) membuat saya lebih yakin menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.

Sumber : Berita Harian