kategori

Showing posts with label Peter Butler. Show all posts
Showing posts with label Peter Butler. Show all posts

Wednesday, 15 February 2012

Saya Kecewa, Saya Tak Kenal Dia, Apa Peranan Saya Disini? – Butler


Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler bukan sahaja kecewa dengan kekalahan pertama dialami pasukannya musim ini, tewas 1-2 kepada Selangor malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi yang lebih mengecewakan, dia ibarat tiada kuasa penuh sebagai Ketua Jurulatih apabila sekadar menjadi PAK TURUT dan terpaksa mengikut sahaja telunjuk pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Ini menurutnya ekoran campurtangan pengurusan dalam urusan pemilihan pemain, terutamanya AWANG IMPORT, di mana dia langsung tidak tahu siapa pemain yang dibawa masuk, siapa yang kekal, siapa yang keluar, dan apa status mereka – terbaru terpaksa menurunkan pemain import baru mereka, Nwoha Onyekachi selepas kontrak Mahmud Ghadar ditamatkan, malah dia langsung tidak pernah melihat pemain itu beraksi sebelum ini.

“Saya tak mahu komen, saya tak tahu (kenal) dia, saya tengok dia 30 minit buat kali pertama malam ni, saya cuma berdiri di sini, bukan saya yang evaluate dia, itu bukan tugas saya, apa yang saya nampak ya dia bagus, workrate bagus, tapi belum ada persefahaman dalam team..”.

“Kalau dia dah satu minggu dalam team saya boleh nilai dia, dia masuk secara tiba-tiba, kuasa bukan di tangan saya. Apa saya boleh buat? Saya perlu hormat keputusan pengurusan. Tetapi saya tak tahu apa peranan saya di sini, saya selalu tertanya-tanya, dan sudah penat bertanya soalan sama. Saya jurulatih dengan prinsip yang tinggi, pergi mana-mana orang hormat saya, tapi saya perlu adil dan jujur dengan diri saya, kalau saya tak boleh kerja macam saya mahu, saya mesti tanya beberapa soalan (kepada pengurusan)…”. – Peter Butler.

Menurut Butler dia sudah merangka formasi dan strategi tersendiri untuk perlawanan menentang Selangor, tetapi terpaksa merombaknya pada saat akhir untuk menyesuaikannya dengan kehadiran pemain baru, dan memberi gambaran betapa jodohnya bersama Kelantan mungkin tidak berpanjangan.

“saya ada tanggungjawab, kontrak saya dua tahun, tapi what is my role? Saya akan pulang, dan berfikir tentang perkara ini, berbincang dengan pengurusan, dengan cara baik, tapi saya memang kecewa..”.

Mengulas mengenai kekalahan pertama pasukannya musim ini, yang juga kekalahan pertama kepada Selangor selepas 3 tahun (kali terakhir tewas pada Februari 2009, 0-3 di Shah Alam), Butler berkata pasukannya tidak memanfaatkan peluang dengan baik, dan memberi peluang kepada Selangor untuk menguasai perlawanan.

Tambah Butler, pasukannya cuba bangkit dengan aki lebih baik pada 15 minit terakhir, tetapi segalanya sudah terlewat untuk menjelmakan kebangkitan.

Sumber : Kelate.Net

Peter Butler Akan Meletakkan Jawatan

Jurulatih Kelantan, Peter Butler akan meletakkan jawatan, besar kemungkinan sebelum hujung bulan ini.

Khabar tentang kemungkinan Butler akan meletakkan jawatan diberitahu beberapa jam sebelum perlawanan hari Selasa dengan Selangor di Stadium Bukit Jalil dan difahamkan bahawa walaupun Kelantan yang penuh dengan pemain berbakat dan menduduki tempat teratas Liga Super Malaysia, Butler akan meletakkan jawatan lebih awal dari yang dijangkakan kerana terdapat campur tangan pihak atasan Kelantan FA.

Sumber-sumber dari Kelantan telah mendedahkan bahawa Butler yang kini menjadi jurulatih di Kelantan untuk kedua kalinya, sangat tidak senang dengan gangguan dari Presiden Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa dimana beliau telah menandatangani dan membatalkan pendaftaran pemain import tanpa meminta pandangan Peter Butler yang memegang jawatan sebagai jurulatih pasukan.

Tan Sri Annuar Musa yang kini juga Timbalan Presiden Football Association of Malaysia (FAM) dipercayai mahukan peranan yang lebih dalam pemilihan pasukan, dengan sumber-sumber mengatakan bahawa beliau hanya akan mendapat peranan itu jika Butler bukan lagi jurulatih kelab.

Menurut sumber-sumber ESPNSTAR.my, Kelantan sudah memulakan pencarian pengganti Butler dan bekas jurulatih Kelantan Dato’ M. Karathu dikatakan akan kembali menjadi jurulatih pasukan Kelantan.

Pendedahan mengejutkan ini diberitahu hanya beberapa hari selepas Kelantan kembali ke puncak Liga Super Malaysia selepas menang 2-1 dengan Terengganu di Kota Bharu. Kemenangan itu dikatakan berjaya menafikan segala kririkan hebat terhadap kewibawaan Butler sebagai jurulatih.

Sumber : Kelate.Net