26-Sabda Rasulullah saw "Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" (Bukhori)
27-Sabda Rasulullah saw "Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia berkhianat dan apabila dipercaya ia curang" (Bukhori dan Muslim)
28-Sabda Rasulullah saw "Saya sungguh telah meninggalkan sesuatu kepadamu yang apabila hal itu kau pegang teguh kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya" (AlHakim)
29-Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa yang taat kepadaku bererti ia taat kepada Allah dan barangsiapa yang derhaka kepadaku bererti ia derhaka kepada Allah" (Bukhori)
30-Sabda Rasulullah saw "Janganlah kamu mengagungkanku seperti yang diperbuat oleh orang-orang Nasrani terhadap Isa bin Maryam, kerana sebenarnya aku ini tidak lebih dari hamba Allah. sebut saja aku ini hamba Allah dan RasulNya" (Bukhori)
31-Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa mendustakan diriku (yakni mengatakan sesuatu dariku sedangkan aku tidak mengatakannya) maka bersiap-siaplah ia masuk neraka" (Ahmad)
32-Sabda Rasulullah saw "Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia tidak termasuk golonganku" (Bukhori dan Muslim)
33-Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)
34-Sabda Rasulullah saw "Pelankanlah suaramu dalam berzikir dan berdoa, kerana kamu tidak memohon kepada Tuhan yang tuli dan ghaib" (Muslim)
35-Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)
No comments:
Post a Comment