kategori

Tuesday, 24 April 2012

Nukilan Pak Dogo


Bangun pagi-pagi , tibo-tibo terus teringat ko kapung halame nun jauh 8jam perjalanan melalui darat disano. Terkenang akan kesantunan warganyo, keenakan makane & minumannyo, kedamaian suasano kapungnyo, keagungan seni & budayanyo, kelicikan budaya niaganyo.

Disana, warganyo tidak terlalu bergantung kepada makan gaji untuk pendapatan bulanan. Tiada bonus dari majikan, tiada punch card untuk pergi dan balik kerja.

Disana, warganyo hampir keseluruhannya menjadi bos sendiri, menjadi tauke sendiri. Menjaja ikan dan barangan dapur dari rumah ke rumah, membajak padi dengan tulang 4 kerat, menoreh getah sendiri seawal jam 6pagi, menjadi buruh binaan dan tukang kayu, membuka kedai runcit dihadapan rumah.

Itulah agungnya bangsa mereka, berusaha sepenuh jaya untuk menyediakan makanan halal untuk anak-anak mereka. Tidak mengharapkan belas ihsan mana-mana pihak untuk dibantu. Hasilnya, anak-anak ini juga berjaya menjadi manusia, memiliki ijazah, memiliki pendidikan hanya melalui didikan kampung dan belanja poket dari menoreh getah saban hari.

Itulah Kelantan nama diberi. Negeri Kelantan, seindah namamu. Negeri unik, rakyatnya berjaya menjadi mangsa hasad dengki kaum sebangsa berpuluh abad lamanya.

Bersabarlah wahai anak Muda Kelantan. Masa itu pasti akan tiba.

Negeri Kelantan, seindah namamu.

Nukilan Karya :
Pok Dogo
5.40 pagi
Selasa 
24 April 2012 

( Air mata Pok Dogo mengalir usai sahaja selesai menukilkan tulisan ini. Hebatnya nama KELANTAN )

Komen Penulis : aku sendiri pun dah lama tidak menjejakkan kaki di bumi tercinta, karya tersebut buat aku sendiri pun sadis gak..

No comments:

Post a Comment