Muhasabah Diri
Perkongsian:
Baru pulang dari kuliah Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Beliau membuka
kuliah degan satu pertanyaan. Adakah anda semua pernah bermimpi melihat
diri anda berbogel? Semua hadirin tersentak. TG meminta siapa yang
pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat. TG
beristighfar. TG menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil
dari majalah arab. Dalam majalah itu menceritakan
satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais. Dalam
wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan
diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh
kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja
beliau tahu. Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia
melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada
perasaan malu. Sheikh menjawab : Masyaallah..masyaallah… Tafsir mimpi
ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan
dia diterima. Umpama anak yg baru dilahirkan tanpa sebarang dosa.
Pemanggil itu bertanya: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini
kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya? Sheikh menjawab:
Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki
itu. Lantas pemanggil itu berkata: Lelaki itu adalah Tuan Sheikh
sendiri. Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara
tersebut terpaksa dibatalkan.. Alangkah ruginya kita dan alangkah
beruntungnya manusia itu.. Mendapat keampunan dari Allah dan segala
amalan diterima.. Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini
banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..
Sumber : Peminat UAI
No comments:
Post a Comment