kategori

Saturday, 19 February 2011

Hari ini..

Assalamualaikum..
Setelah sekian lama hajatku untuk mengadakan blog ini akhirnya kesampaian juga, namun masih banyak lagi yang harus dilakukan pada blog ini, ini hanya percubaan dan kalau ok maka diteruskan dengan blog ini, akaun ini dah beberapa tahun aku daftarkan itulah sebabnya link dia tak sama dengan tajuk utama blog ini "Titian Perjalanan", tak mengapa tajuk link tersebut akan ditukar nanti bila dah habis explorer nanti.

Ok, tajuk "Titian Perjalanan" dipilih mempunyai maksud yang tersendiri, sepintas lalu sama macam tajuk lagu dari kumpulan XPDC, maybe semasa saya mencari ilham untuk dijadikan tajuk apakah yang sesuai digunakan maka perkataan ini hadir dan mungkin itu yang terbaik dari beberapa tajuk yang telah difikirkan sesuai.
Titian perjalanan.. meniti sesebuah perjalanan dalam kehidupan kita sehari-hari yang penuh dengan pelbagai perkara.. dari suka, duka, gembira, ketawa, sedih, kecewa, malas, rajin dan banyak lagi, maka saya memilih ruangan ini untuk disematkan liku-liku titian perjalanan saya seharian.
Berbagai-bagai pilihan boleh dibuat untuk sematkan liku-liku kehidupan seharian kita, baik kita mahu pamerkan kepada umum atau sebaliknya, ruang seperti blog adalah ruangan perkongsian sesama kita dan tidak ada hak untuk seseorang itu melihatnya. Tetapi ia bergangtung kepada perkara apa yang ingin dilihat dalam blog tersebut dimana kita yang membuat pilihan, jika dipilih baik maka baiklah dan jika dipilih buruk maka buruklah hasilnya.

So..
Inilah mukhadimah Titian Perjalanan saya untuk semua, dan hayatilah lagu dibawah sebagai permulaan titian perjalanan anda, insya-Allah

wasalam.


3 comments: