kategori

Thursday, 12 January 2012

Kira Umur Anda Yang Sebenar

Assalamualaikum w.b & Salam sejahtera

Adakah kita tahu umur kita sekarang ini adakah bersesuaian dengan fizikal/badan/kesihatan kita sekarang ini, jika tidak mari kita buat semakan dengan mengunjungi website di bawah dan jawab beberapa soalan mudah untuk mengetahui umur kita yang sebenar, saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk membantu anda memberi maklumat semasa menjawab soalan yang diminta.

www.idadeinterior.com.br

Website ini mengunakan dua bahasa iaitu English dan Brazil, namun animation dari baby tetap mengunakan pertuturan bahasa Brazil tetapi sarikata dalam English tetap disediakan.


Langkah pertama masukkan umur anda


Tabiat Pemakanan
Berapa kali makan sehari


Masa diambil untuk makan


Berapa kali pemakanan diambil sehari.


Kesihatan
Umur juga diambil


Masalah kesihatan


Pemeriksaan kesihatan gigi


Gaya hidup
Pengambilam alkohol


Kehidupan seksual


Setelah siap semua diisi maka kita akan diberi keputusan samada lebih muda atau lebih tua dari umur sebenar, seperti saya umur saya lebih 4 tahun tua dari umur sebenar


Tabiat yang harus diberi penjagaan


Tabiat yang harus dikekalkan, juga diberi saranan untuk berjumpa dengan pakar yang boleh dihubungi melalui laman sosial twiter


Semoga dengan mengenalpasti umur anda yang sebenar maka anda boleh mengamalkan cara hidup dengan sihat dari segi tiga perkara iaitu Tabiat Pemakanan, Kesihatan dan Gaya hidup.
Dari saya amalan gaya hidup yang sihat amat penting untuk penjagaan kesihatan kita sehari-hari, selamat mencuba, terima kasih

Janji Syaitan Pada Umat Nabi Adam a.s

AAssalamualaikum w.b

Hanya sekadar untuk berkongsi dengan pembaca beberapa perkara yang mana malam tadi saya sendiri terpanggil untuk menghadiri ceramah agama di Surau Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya yang disampaikan oleh pegawai dari JAKIM, maaf kerana saya terlupa nama penceramah tersebut.
Walaupun isi ceramah tersebut hanya dilihat sebagai joke yang mana boleh membuatkan hadirin tersedar dari lenaan/khayalan godaan syaitan, namun bagi saya walaupun dianggap joke tetapi saya memandang dari sudut yang lain yang mana ianya amat berguna walaupun disampaikan melalui gurauan.

Ceramahnya berkisar tentang janji syaitan kepada Nabi Adam a.s yang mana akan sedaya upaya menyesatkan umat Adam a.s di bumi ini dengan apa cara sekalipun, godaan syaitan ini khas ditujukan kepada penghujung-penghujung rumah Allah yang selalu melakukan amai ibadat kepada-Nya.
Syaitan berjanji akan mengoda penghujung rumah Allah dengan tiga perkara iaitu celak, lipstik dan tongkat..
ada yang tercengang dan ada yang tersenyum bila mendengar penceramah menyebut tiga perkara tersebut, masing-masing tidak sabar apakah yang dimaksudkan dengan tida perkara tersebut.

Celak - Yang dimaksudkan dengan celak ialah, apabila umat Adam a.s melangkah masuk ke rumah Allah maka syaitan akan calitkan celak ke mata, celak tersebut akan berperanan sebagai penutup mata yang mana tidak hairan ler jika semasa ceramah/kutbah jumaat disampaikan kita akan melihat ramai yang menutupkan mata malah siap dengan berdengkur lagi :)

Lipstik - Sama juga dengan peranan yang dimainkan oleh lipstik, mulut-mulut umat adam a.s pasti tidak lekang dari bercerita walaupun dalam rumah Allah sewaktu kutbah atau ceramah disampaikan, yang mana ini pasti akan menganggu kelancaran ceramah/khutbah yang disampaikan.

Tongkat - Perkara yang ini pasti ramai akan tertanya-tanya kaitannya, syaitan akan memukul belakang umat Adam a.s ketika berada dalam rumah Allah dan kesan dari pukulan tersebut pasti akan ada yang bersandar di tiang-tiang atau dinding masjid/surau yang mana kesan dari sandaran tersebut pasti kita akan hanyut dibuai mimpi.

Alhamdulilah.. itu sahaja yang saya ingin kongsikan dengan pembaca dan diharap pembaca mengambil dari sudut positif mengenai cerita tiga perkara tersebut yang mana perkara yang terjadi dari tiga perkara tersebut memang realiti dan selalu sangat kita lihat di masjid-masjid.
Semoga apa yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, insya-Allah.

Terima kasih.

Wednesday, 11 January 2012

Adab-Adab Menuntut Ilmu Agama

Adab # 1: Ikhlas dalam menuntut ilmu.

Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran:


“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”


[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78].


Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan:

“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”


[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].

Justeru orang yang ingin memahami agama perlu membetulkan niat dan tujuannya. Hendaklah dia melakukannya kerana:

  1. Ingin memperbaiki diri dalam mentauhidkan Allah sebagai merealisasikan bahagian pertama syahdah: “La ilaha illallah”.

  2. Ingin memperbaiki diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai merealisasikan bahagian kedua syahdah: “Wa anna Muhammad Rasulullah”.

  3. Ingin memperbaiki keadaan umat Islam sebagai merealisasikan tuntutan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang merupakan salah satu tuntutan asas agama.

  4. Ingin membela agama Islam daripada fitnah musuh-musuhnya seperti para orientalis dan para pencipta bid’ah.

Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini kerana:


“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

[Maksud surah Muhammad, ayat 7]



Adab # 2: Positif dan Yakin kepada diri sendiri.

Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut, ayat 69]


“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.



Adab # 3: Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.

Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:


“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,

maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”


[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.


Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.



Adab # 4: Tidak mengenal titik noktah.

Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:


“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”


Perhatikan doa yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah, yang bermaksud:

Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]


Perkataan “tambahilah” menunjukkan ilmu itu tidak mengenal batas maksimum, sebaliknya sentiasa dinamik sehingga boleh bertambah dan bertambah.

Memiliki manhaj yang dinamik dalam rangka memahami agama setidak-tidaknya memiliki kepentingan dari dua sudut:


Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut kepada ajaran yang benar.


Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub), memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.

Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.



Adab # 5: Mengamalkan ilmu.

Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff, ayat 2-3]


Malah ia adalah faktor yang boleh menyebabkan hati menjadi keras sehingga tidak dapat lagi menerima apa-apa manfaat daripada ilmu. Firman Allah:


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” [Maksud surah al-Hadid, ayat 16]


Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.” [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]


Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya. Dengan itu Allah akan menambah hidayah tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


“Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan hidayah, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.” [Muhammad, ayat 17] “Dan Allah akan menambahi hidayah

petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk.” [Maryam, ayat 76]


Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

[al-Hadid, ayat 28]



Adab # 6: Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.

Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:


“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan

teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].


Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.



Adab # 7: Berdoa Kepada Allah.

Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:


“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” [Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]


رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا.


“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]


رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا.


“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah

kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

[al-Kahf, ayat 10]


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ


أَنْتَ الْوَهَّابُ.


“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”

[Ali Imran, ayat 8]


اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ


وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ


تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ


مِنْ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ


تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.


“Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”

[Shahih Muslim, hadis no: 77].


Sumber

Hati Kita

9 SEBAB HATI TIDAK TENANG

1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang..

2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. HASAD DENGKI........
Amalannya hangus
akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO.......
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Tuesday, 10 January 2012

Titian Perjalananku 2011

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..
Masa terus berlalu tanpa menoleh ke belakang sekalipun.. Namun kita sebagai hamba-Nya harus terus mengikuti arus yang mengalir tanpa sebarang perhentian dan kita yang bediri atas nama manusia pasti akan ada perhentiannya yang mana perhentian itu pasti akan tiba baik cepat atau lambat..

Berakhirnya akhir tahun atau bermulanya tahun baru pasti kita akan mengkaji balik tentang diri kita masing-masing.. adakah kita sudah mencapai apa yang kita inginkan ataupun sebaliknya.. adakah kita ada terfikir dalam tahun-tahun yang berlalu adakah kita sudah bersedia untuk bertemu-Nya yang mana kehidupan kita ini hanyalah sebuah persinggahan sahaja.. Dirasakan hanya segelintir sahaja yang berpendirian sebegitu dan ramai yang diantara kita mesih leka bersama keenakan dunia yang dirasakan tanpa penghujungnya.. biarkan masa dan keadaan yang menentukan, hari masih muda dan ketika inilah kita harus bergembira dek keseronokkan dunia..

Bagi aku.. masih banyak yang belum dilaksanakan baik duniawi mahupun persediaan menghadapai-Nya.. sama seperti tahun sudah seolah-olah skrip yang sama sahaja dan tidak ada apa yang harus dibanggakan.. ekonomi, rumahtangga, kehidupan, agama.. kadang-kadang airmata bisa menitis jika semua ini dikenangkan kerana aku tahu aku tidak sebertuah insan yang lain.. namun begitu aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepadaku, walaupun aku tidak berjaya seperti sahabat-sahabat sebayaku kerana aku pasti selagi kita berpegang teguh kepada-Nya pasti Dia akan bersama dengan kita.. insya-Allah..

Friday, 3 June 2011

Menangi ipad!!




Jom sertai peraduan F&N untuk memenangi ipad, rezeki anda siapa yang tahu.
klik sahaja link dibawah..


MENANGI iPAD


Cara mudah..
Tekan like di home F&N
klik mana-mana tempat di gambar/logo
Pilih tab 'Spread The Omppph'
Jawab 4 soalan mudah dan
Share link kepada member..


mudah saja, dapatkan kilometer terjauh dan ranking terbaik..


selamat mencuba!!